Al-Farabi, dikenali sebagai Al-Pharabius di Barat, menyumbang dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi dan sains. Beliau terkenal sebagai "Guru Kedua" (al-Mou'allim al-Thani) sementara "Guru Pertama" ialah Aristotle. Abu Basr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi dilahirkan berdekatan Karab di Turkistan pada 870 C.E. Nenek moyangnya berasal dari keturunan Parsi dan bapanya adalah seorang Jenderal. Setelah menamatkan pelajarannya di Farab & Bukhara, beliau berpindah ke Baghdad untuk menyambung pengajiannya. Beliau meninggal dunia di Damascus pada 950 C.E.
Di peringkat awal kerjayanya, al-Farabi adalah seorang Qadi (Hakim). Kemudian beliau menukar profesi sebagai seorang guru. Beliau menunjukkan persaingan yang hebat dalam menguasai pelbagai bahasa. Oleh kerana bakatnya yang luar biasa dalam bidang sains dan falsafah, beliau menarik perhatian Raja Saif al-Daula di Halab (Aleppo). Namun, nasib tidak menyebelahinya dan beliau menjalani pelbagai dugaan hingga pernah suatu masa menjadi seorang pekebun.
Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori : Takhayyul (pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi yakin dan percaya bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni. Karangannya, Kitab al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru.
Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, 'Ara Ahl al-Madina al-Fadila' (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan, justeru mencapai kesempurnaan. Setiap manusia perlu tinggal bersama-sama masyarakat di sekelilingnya. Dalam karangannya yang lain pula, beliau menulis… "arahan dan fatwa dalam teori sains patut diserahkan kepada imam dan pemerintah negara atau kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains…merekalah yang sepatutnya disuruh memburu ilmu tersebut dan membentuk siifat-sifat mereka daripada zaman kecil hingga mereka besar dan matang."
Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentang muzik, 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal
Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk sumbangan aslinya. 117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di antaranya adalah mengenai mantik, 7 tentang sains politik dan kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku mengenai perubatan, sosiologi, muzik dan komentar.
Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyak mempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya.